LBRW: Aksi Final Felda-Kota Setar Dijangka Sengit

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 2:59 PM

Dari kiri: Rozmin bersama pengurus Felda Norhayati Abd Wahab, Datuk Ahmad Shafie (pengurus Kota Setar) dan Zulkifli.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aksi akhir Liga Bolasepak Rakyat  Wanita (LBKW) bakal menyaksikan pertembungan sengit di antara pasukan Felda dan Kota Setar akan berlangsung di Stadium Mini UPM, Ahad ini.

Selepas mengharungi cabaran sukar pada aksi peringkat kumpulan yang bermula sejak 3 Februari lalu, pastinya kedua-dua pasukan mahu menamatkan saingan dengan rekod tersendiri.

Felda yang dibimbing jurulatih Rozmin Musa dianggap sebagai pasukan pilihan untuk merangkul trofi juara serta hadiah wang tunai bernilai RM20,000.

"Bagai saya sebagai jurulatih Felda saya nampak tidak ada tekanan kepada pemain-pemain.

"Malah saya sendiri tidak memberi tekanan kepada mereka walaupun sedar Kota Setar sebuah pasukan yang hebat.

"Cuma saya sentiasa mengingatkan kepada pemain-pemain agar fokus dengan permainan dan bagi saingan yang hebat pada final nanti," jelasnya.

Sementara, pengendali skuad Kota Setar, Zulkifli Jaafar mengakui Felda sebuah pasukan yang sempurna.

"Kebanyakkan daripada mereka dibarisi pemain kebangsaan dan pastinya aksi sengit bakal berlaku.

"Sasaran kami sebenarnya layak ke suku akhir dan ianya telah tercapai. Jadi aksi final ini sebagai bonus untuk pemain-pemain saya dan kekal bermain dengan corak sendiri," katanya.

Kota Setar mara ke final dengan rekod cemerlang 29 jaringan tanpa bolos ketika aksi awal sebelum ini.

Sementara itu, sebanyak 15 pasukan yang berjaya  dikumpul pada aksi sulung ini.

Naib juara LBRW ini bakal membawa balik wang tunai RM10,000 manakala dua pasukan yang mara ke separuh akhir (Jeonsa dan Bintulu) masing-masing menerima RM5,000.

Selain itu, Pengerusi LBRW, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman berpuas hati dengan sambutan penyertaan yang diterima pada musim pertama ini.

"Kita akan teruskan LBRW ini musim depan memandangkan ia mendapat sambutan yang baik dari seluruh negeri. 

"Apa yang lebih penting, liga seperti ini memberi impak yang besar bagi mencari pemain-pemain yang berpotensi untuk diserapkan kepada skuad bola sepak kebangsaan," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: LBRW , Felda , Kota Setar

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan