Naib Presiden FAM: Dr Shamsul Akui Calon Underdog

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 6:39 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman menganggap dirinya sebagai calon 'underdog' dalam persaingan merebut jawatan naib presiden pada Kongres Persatuan Bola Sepak (FAM), 25 Mac ini.

Dr Shamsul yang merupakan Pengerusi Liga Bolasepak Rakyat (LBR) berkata, beliau menawarkan diri sebagai calon jawatan itu buat kali pertama kerana mempunyai agenda penting untuk bola sepak negara.

"Atas kapasiti sebagai pengerusi LBK, saya mahu merakyatkan bola sepak di peringkat akar umbi.

"Namun saya sedar untuk merebut salah satu kerusi bukan mudah kerana calon-calon lain hebat-hebat belaka. Saya adalah calon baharu yang 'underdog', " jelasnya sebelum sidang media perlawanan akhir LBR Wanita pada Jumaat.

Dr Shamsul menjelaskan, beliau mahu bertanding kerana ingin mempertahankan LBR agar ianya dapat terus diadakan. 

"Saya menawarkan diri bagi jawatan ini juga kerana takut LBR akan hilang memandangkan kedengaran suara-suara yang mengatakan ianya tidak relevan.

"Selain itu, saya mahu membantu FAM dalam menaikkan ranking dunia bola sepak kebangsaan dan kembali meletakkan Harimau Malaysia dalam kedua baik sekurang-kurangnya di peringkat Asean.

"Dan perancangan yang lain-lain saya tidak boleh jelaskan lagi kerana saya seorang yang 'kerdil'," katanya.

Tambahnya, beliau akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang bakal memegang kerusi utama jawatan presiden nanti.

"Saya tidak ada 'favouritism'. Saya hanya ingin menyumbang kepada bola sepak sahaja. Jadi siapa sahaja pemimpin saya akan ikut," tambahnya.

Selain itu, pasukan Felda bakal membuat perhitungan terakhir dengan Kota Setar pada aksi final LBR Wanita di Stadium Mini UPM Serdang, Ahad ini.

Skuad wanita Felda yang dilatih Rozmin Musa mara ke pentas akhir selepas membenam Bintulu dengan agregat 5-2 manakala Kota Setar menang ke atas Jeonsa dengan 4-0 juga dengan menerusi keputusan agregat.

Skuad Kota Setar pula dibimbing oleh jurulatih Zulkifli Jaafar.



Tags / Kata Kunci: FAM , Dr Shamsul Anwar , LBR

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan