Tundukkan Bilbao, Sevilla 'Kejar' Real Madrid, Barca

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 7:15 AM

Gol tunggal Vicente Iborra berjaya membawa Sevilla mengutip mata penuh dalam perlawanan awal pagi Jumaat. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

SEVILLA terus mengekori rapat Barcelona dan Real Madrid yang menguasai dua posisi teratas carta La Liga.

Pasukan Jorge Sampaoli telah membuktikannya apabila mereka menundukkan Athletic Bilbao 1-0 dalam perlawanan di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, awal pagi Jumaat.

Tuan rumah mengubah kedudukan menjadi 1-0 pada minit ke-14.

Gol terhasil apabila Stevan Jovetic mengambil tendangan penalti tetapi berjaya ditepis penjaga gawang Gorka Iraizoz.

Sevilla bernasib baik kerana Vicente Iborra berada di kedudukan tepat. Dia terus menyambar bola lepas untuk sekali lagi cuba membolosi gawang lawang dan percubaannya membuahkan hasil.

Gol ini merupakan gol ketujuh Iborra di La Liga musim ini.

Selepas unggul di hadapan, Sevilla gagal menambah gol.

Bagaimanapun gol Iborra cukup untuk membawa Sevilla merapatkan kedudukannya dengan Barcelona dan Real Madrid.

Mereka kini mengutip 55 mata daripada 25 perlawanan, satu mata di belakang Real Madrid yang masih mempunyai baki permainan.

Barcelona berada di puncak dengan 57 mata.

Tags / Kata Kunci: Vicente Iborra , La LIga

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan