Bekas Jurulatih Kebangsaan Timor Leste Pengendali Baharu KL

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 7:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Timor Leste, Fabio Joaquim da Silva dari Brazil sah mengendalikan skuad Kuala Lumpur bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia, musim ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) Nokman Mustafa memaklumkan pihaknya terpaksa melepaskan Wanderley Junior selepas jurulatih kelahiran Brazil itu gagal menyerahkan dokumen sokongan sijil kejurulatihannya kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). 

Beliau menjelaskan AFC mensyaratkan mana-mana jurulatih asing yang mengendalikan pasukan tempatan perlu menghantar lesen serta dokumen sokongan kejurulatihan sebelum dibenarkan membimbing mana-mana pasukan.

"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ada menghantar surat kepada kita (KLFA) pada penghujung bulan lepas meminta Wanderley menyerahkan dokumen sokongan kejurulatihannya kepada AFC, namun beliau mengemukakan dokumen sah selepas tempoh seminggu yang diberikan FAM tamat," katanya kepada Bernama, Jumaat.

Mengulas lanjut, Nokman menegaskan kontrak enam bulan yang ditandatangani Wanderley pada November lepas turut ditamatkan selepas gagal membantu skuad 'The Hawks' berada dalam kelompok empat pasukan terbaik selepas tujuh perlawanan setakat ini.

Kuala Lumpur kini berada di tangga keenam dengan 11 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan Liga Perdana. 

Bernama difahamkan Wanderley hanya memiliki lesen kejurulatihan yang diiktiraf Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (Conmebol).

Ditanya mengenai Petunjuk Prestasi Utama kepada Fabio, Nokman menjelaskan jurulatih berkenaan perlu memastikan skuad 'The Hawks' layak beraksi ke saingan Piala Malaysia musim ini iaitu selepas berakhirnya pusingan pertama Liga Perdana atau menerima nasib yang sama seperti Wanderley. 

"Kita meletakkan sasaran layak ke Piala Malaysia terlebih dahulu memandangkan beliau membimbing Kuala Lumpur selepas beberapa perlawanan.

Sekiranya gagal, kontrak beliau kemungkinan tidak akan disambung," jelasnya. 

Wanderley menjadi jurulatih kedua yang ditamatkan kontrak ketika liga masih berlangsung musim ini selepas pengendali dari Jerman, Karl-Heinz Weigang menerima nasib yang sama ketika membimbing Perak untuk Liga Super. -- Bernama




Tags / Kata Kunci: Fabio , Timor Leste

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan