Gol Selangor: KFA Hantar Bantahan Rasmi

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 8:33 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) pada Jumaat menghantar bantahan rasmi kepada Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) ke atas gol Selangor pada aksi Liga Super, Rabu lalu.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata keputusan membuat bantahan itu diambil atas alasan ia membabitkan mutu pengadilan.

"Perlu saya jelaskan, ini adalah surat bantahan, bukannya surat rayuan atau meminta penjelasan. Kami sedia dengan semua risiko yang perlu ditanggung," katanya yang ditemui selepas majlis 'hi tea' bersama lapan kelab penyokong Kedah di sini Jumaat.

Aminuddin berkata KFA menggunakan tempoh 72 jam yang diperuntukan untuk membuat bantahan dengan menyediakan bukti kukuh termasuk rakaman video perlawanan untuk dinilai FMLLP.

Katanya, KFA tidak mempertikaikan tendangan penalti yang diberi pada penghujung masa tambahan perlawanan itu tetapi 'pencerobohan' pemain dalam kotak penalti sebelum tendangan diambil.

"Secara tidak langsung ia memperlihatkan mutu pengadilan yang lemah di mana pengadil tidak fokus dan seterusnya merencatkan tumpuan pemain jika perkara ini berterusan," katanya.

Pada perlawanan itu, Kedah dan Selangor seri 1-1.

Gol Kedah dijaringkan pemain import dari Brazil, Sandro Da Silva Mendonca pada minit ke-81 manakala gol penyamaan The Red Giant dijaringkan Juliano Mineiro Fernandes sejurus sebelum tamat perlawanan.

Mengulas perlawanan menentang Melaka United malam Sabtu, Aminuddin positif skuad Lang Merah mampu kekalkan rekod tanpa kalah.

"Saya yakin kami akan dapat mengutip tiga mata di tempat sendiri dan seterusnya meraih momentum dalam mengharungi perlawanan seterusnya," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu mampu membawa perubahan kepada bola sepak negara.

"Kita harap presiden baharu berupaya membawa perubahan ke atas pengurusan, pembangunan malah ranking bola sepak ke tahap yang lebih baik," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Selangor , KFA , bantahan gol , FAM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan