P. Maniam Puji Semangat Pemain Bangkit Ikat Kedah

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 11:08 AM

Juliano Mineiro Fernandes (kanan) meraikan jaringan penyamaan bersama rakan pasukannya ketika menentang Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Selayang pada 1 Mac 2017. - IZZRAFIQ ALIAS / The Star

(Ubah saiz teks)

SELAYANG: Satu mata yang dikutip hasil pertemuan dengan Kedah dianggap sebagai mata berharga buat ketua jurulatih Selangor, P. Maniam selepas anak buahnya bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk mengikat Juara Piala Malaysia 2016 itu pada minit-minit akhir perlawanan.

Jaringan pemain Brazil, Juliano Meines sudah cukup melegakan P. Maniam yang secara terbuka mengakui pasukannya lebih banyak bertahan berbanding Kedah yang menguasai bola dan mengawal rentak permainan dalam perlawanan tersebut.

"Kita boleh melihat perlawanan ini (Selangor) menentang antara pasukan teratas liga yang lebih banyak menguasai perlawanan, berkomunikasi dengan baik dan mempunyai pemain berkualiti.

"Pemain Selangor bertahan dengan baik terutamanya pada separuh masa kedua kerana Kedah tidak banyak dapat mencipta peluang sehinggalah jaringan sepakan percuma (Sandro dan Silva)," katanya kepada media seplepas perlawanan itu pada Rabu.

P. Maniam juga memuji semangat juang yang ditunjukkan oleh anak buahnya untuk bangkit mengikat Kedah yang kini masih belum tewas selepas tujuh perlawanan.

"Kita dapat lihat cara pemain Selangor selepas ketinggalan (0-1) dan cara mereka bangkit amat mengagumkan.

"Bagi kami, satu mata ini seperti tiga mata, kerana kami bangkit daripada ketinggalan.

"Kita boleh nampak pemain mahu memenangi perlawanan itu dan kami layak mendapat satu mata," katanya.

Selain itu, beliau mengakui bahawa buat masa ini pasukannya akan bermain dengan corak bertahan sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan.

"Selepas tempoh tersebut, kami mempunyai masa untuk menukar corak permainan dan pemain perlu membiasakan diri dengan taktikal itu dalam tempoh tersebut," katanya.

Tags / Kata Kunci: P. Maniam , Selangor , Kedah , Liga Super

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan