Sandro Da Silva Teruja

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 1:28 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN import Kedah dari Brazil, Sandro Da Silva tidak dapat menyembunyikan perasannya yang berbelah bahagi selepas Kedah seri 1-1 dalam saingan Liga Super di Selayang pada Rabu malam.

Pemain tengah itu berkata, secara peribadi, dia teruja dan gembira kerana dapat menjaringkan gol dalam perlawanan penting itu.

"Saya memang gembira kerana setelah lama tidak beraksi kerana kecederaan, akhirnya saya dapat jaringkan gol tunggal untuk Kedah.

"Ia sesuatu yang istimewa untuk diri saya dan hadiah untuk penyokong Kedah yang hadir di stadium yang menyaksikan siaran langsung," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Sandro turut tidak dapat menyembunyikan kekecewaan kerana Kedah gagal membawa pulang tiga mata penuh selepas berusaha sepanjang permainan.

Menurutnya, keputusan seri itu turut menggagalkan Kedah untuk kembali menerajui takhta Liga Super dan perlu menunggu perlawanan seterusnya selepas ini.

"Inilah bola sepak, adakala ketika beraksi cemerlang kita akan kehilangan mata dan ketika beraksi bukan dengan kemampuan sebenar tiga mata menjadi milik kita.

"Bagi saya biarlah semuanya berakhir malam ini sahaja kerana kami mahu memberi perhatian untuk perlawanan selepas ini dengan menentang Melaka United di Stadium Darul Aman

"Pastinya apa yang berlaku akan dijadikan pengajaran untuk perlawanan akan datang dan menjadikan kami lebih baik untuk mempertahankan rekod tanpa kalah," jelasnya.

Sandro menambah, jaringan itu telah memberikan inspirasi kepada dirinya untuk membantu Kedah mencapai kejayaan selepas Piala Malaysia musim lalu.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Selangor , Liga Super

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan