Kontroversi Gol Selangor: Sah Atau Tidak?

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 9:52 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jaringan pemain tengah Selangor, Juliano Mineiro pada minit-minit akhir perlawanan ternyata menghampakan pasukan Kedah untuk meraih tiga mata penuh dan terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata selepas mencatat keputusan seri 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Selayang, malam Rabu.

Namun timbul persoalan sama ada jaringan pemain kelahiran Brazil itu wajar dikira sebagai sah selepas dia dikesan memasuki kawasan kotak penalti sebelum rakan sepasukannya, Victor Stelian Astafei melakukan sepakan.

Mengikut Undang-Undang 14: Sepakan Penalti, pemain lawan atau tuan rumah perlu berada di luar kotak sebelum pemain yang mengambil sepakan penalti menyentuh bola.

Sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang itu, pengadil boleh membenarkan sepakan diteruskan tetapi jika bola masuk ke dalam gol, sepakan perlu diambil semula.

Sekiranya bola tidak masuk ke dalam gol, pengadil perlu memghentikan permainan dan memulakan perlawanan dengan sepakan percuma kepada pasukan lawan iaitu dalam kes ini adalah Kedah.

Antara luahan kelab penyokong Kedah terhadap keputusan kontroversi pengadil membenarkan gol Juliano. - Ihsan Facebook

Malah jika dilihat semula ulang tayang gol tersebut, pengadil utama perlawanan, Mohd Zohri Tajudin berada pada kedudukan jelas untuk melihat kesalahan yang dilakukan Juliano.

Selain itu, penjaga garisan juga boleh melihat dengan jelas pergerakan Juliano memasuki kawasan kotak penalti sebelum Victor melakukan sepakan.

Gol Juliano ternyata mengundang kontroversi apabila beberapa laman Facebook penyokong Hijau Kuning mempersoalkan keputusan pengadil membenarkan jaringan tersebut.

Antaranya laman Facebook Penyokong Bola Sepak Kedah dan Lang Merah Fan's yang memuat naik rakaman detik-detik kontroversi tersebut.

Malah ada peminat Kedah yang mempertikaikan keputusan pengadil kerana terlepas pandang kesalahan yang dilakukan Juliano sebelum pemain berusia 31 tahun itu menjaringkan gol untuk membatalkan kelebihan Kedah yang mendahului dengan jaringan Sandro da Silva pada minit ke-79.

Jaringan tersebut menyaksikan Kedah gagal merampas kembali takhta Liga Super dan kini menduduki tangga kedua dengan 15 mata, hanya satu mata dipisahkan daripada pendahulu liga, Pahang.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Selangor , Liga Super

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan