Wenger Tolak Tawaran China RM165 Juta Setahun

Diterbitkan: Rabu, 1 Mac 2017 8:51 AM

Arsene Wenger. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

ARSENE Wenger dilaporkan menolak tawaran bernilai £30 juta (RM165.06 juta) setahun di China kerana komitmennya untuk memperkukuhkan pasukan Arsenal.

Menurut beberapa laporan, kelab yang tidak dinamakan di China bersedia untuk mengambil pengurus Arsenal itu bagi membantu prestasi dalam Liga Super.

Bagaimanapun, Wenger tidak berminat dengan tawaran itu walaupun kontraknya akan berakhir pada musim panas ini.

Memetik laporan Sportsmail minggu lalu, ia mendedahkan Wenger sedia menolak tawaran di China untuk kekal di Eropah sekiranya beliau meninggalkan Arsenal pada musim panas ini.

Liga Super China cuba untuk mendapatkan Wenger sebagai penambahan kepada pengurus pasukan berprofil tinggi yang turut menyenaraikan Manuel Pellegrini, Luiz Felipe Scolari dan Andre Villas-Boas. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan