Pesanan Zachary Anderson Untuk Pemain Kedah

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

PERTAHANAN import Kedah, Zachary Anderson ingin berpesan kepada dirinya sendiri dan rakan sepasukan ketika turun menentang Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Selayang pada Rabu malam.

Pesanan yang ingin disampaikan oleh pemain kelahiran Australia itu ialah mereka tidak perlu gentar dengan kemampuan lawan sebaliknya beraksi dengan keupayaan sendiri yang lebih baik.

Menurutnya, peringatan itu diberikan untuk mengingati dirinya dan rakan-rakan supaya tidak gugup seperti beraksi menentang Kelantan di Kota Baru sebelum ini.

Walaupun beraksi di tempat lawan, namun jelasnya, pemain perlu beraksi secara konsisten dan yakin dengan diri sendiri untuk berusaha membawa pulang tiga mata penuh.

"Apa yang ingin saya katakan ialah kesemua pemain Kedah adalah setanding dan sehebat pasukan lawan. Mereka perlu beraksi dengan lebih yakin serta mengekalkan rentak permainan seperti mana dalam latihan.

"Perlawanan kali ini tidak ada bezanya, kesemua pemain perlu tenang ketika berdepan tekanan daripada pihak lawan sambil memastikan kita tidak pulang dengan tangan kosong.

"Saya tahu lawan kita, Selangor adalah pasukan yang penuh dengan sejarah kejayaan tetapi kita juga mempunyai reputasi yang baik dan pentokong yang hebat," katanya kepada mStar Online.

Pemain berusia 26 tahun itu memberitahu, tidak kira sama ada pemain utama ataupun simpanan kesemua mereka telah membuktikan keupayaan masing-masing ketika diberi peluang oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe.

"Sudah pasti kelebihan kita ialah memiliki barisan pemain simpanan yang berkemampuan dan sedia untuk diturunkan pada bila-bila masa sahaja.

"Selain itu, kekuatan penyokong Kedah antara elemen penting kerana mereka mampu mengubah rentak pemain untuk menjadi lebih baik walaupun kita dalam ketinggalan," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Liga Super , Kedah , Selangor

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan