Kedudukan Westwood Masih Selamat - FAP

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 6:37 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kedudukan ketua jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood masih selamat biarpun terdapat desakan yang mahu beliau disingkirkan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari berkata setakat ini kedudukan Westwood masih kekal kerana terikat dengan kontrak, selain tiada keputusan yang diambil sewaktu mesyuarat persatuan itu semalam.

Zairil mengakui semua pemain Pulau Pinang dan barisan kejurulatihannya berdepan tekanan tinggi berikutan tindakan penyokong akibat persembahan hambar skuad itu dalam Liga Super musim ini.

Ini termasuk mengadakan demonstrasi, serangan ke atas pejabat FAP serta menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri.

"Mereka perlu ingat, kami juga mempunyai kekangan. Jika anda mahu pasukan yang kuat dan mampu menewaskan sesiapa, beri kami peruntukan seperti Kedah.

"Kami menguruskan pasukan dengan peruntukan yang terhad, sekali gus tidak mampu mendapatkan pemain terkemuka," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sebaliknya, kata Zairil, apa yang dilakukan adalah untuk mengembangkan bakat pemain tempatan agar dapat menjadi pemain kebangsaaan satu hari nanti.

Menurutnya, lebih daripada separuh pemain Pulau Pinang berusia di bawah 22 tahun dan tindakan penyokong memberi kesan emosi kepada pemain muda ini.

"Tindakan mengeji pasukan dan pemain tidak akan membawa kebaikan, apa lagi ada pemain yang disasarkan secara peribadi. Kami berharap penyokong akan sentiasa bersama kami khususnya pada waktu sukar seperti ini," katanya.

Zairul berkata beliau tetap mengambil kira kritikan yang membina dalam memorandum yang diserahkan kepada kerajaan negeri pada Jumaat lepas dan pada masa sama menegaskan tiada siapa dalam FAP mahukan keputusan yang buruk.

"Perlawanan Liga Super menentang Melaka United di Stadium Batu Kawan, esok adalah sangat penting untuk pasukan selepas tewas enam perlawanan berturut-turut," katanya.

Pulau Pinang kini menduduki tangga tercorot Liga Super selepas tewas dalam semua enam perlawanan mereka dan satu-satunya kemenangan skuad Harimau Kumbang setakat ini adalah menewaskan MPKB-BRI U-Bes 1-0 dalam saingan Piala FA.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan