Real Madrid Rampas Takhta Liga Daripada Barca

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 8:10 AM

Cristiano Ronaldo (dua, kanan) bersama rakan-rakan sepasukannya meraikan kemenangan ke atas Villareal, awal pagi Isnin. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid berjaya merampas kedudukan takhta La Liga yang selama ini diduduki Barcelona menerusi kemenangan dramatis 3-2 ke atas tuan rumah Villarreal di Stadium El Madrigal, awal pagi Isnin.

Tambahan tiga mata di markas Villarreal menjadikan Los Blancos kini mengutip 55 mata, unggul satu mata di atas Barcelona.

Malah, Cristiano Ronaldo dan pasukannya juga mempunyai kelebihan baki satu permainan berbanding pesaing utamanya itu.


Dalam perlawanan tersebut, Villarreal berjaya menghasilkan gol terlebih dahulu menerusi Manuel Trigueros pada minit ke-50.

Enam minit kemudian, Madrid dikejutkan sekali lagi oleh pasukan tuan rumah yang berjaya menjaringkan satu lagi gol menerusi Cedric Bakambu.

Ketinggalan dua gol membuatkan Madrid menggandakan usaha dengan melakukan serangan-serangan di barisan pertahanan Villarreal.

Kerja keras mereka menunjukkan hasil pada minit ke-67, apabila Gareth Bale memperkecil kedudukan menjadi 1-2.

Gol tunggal Bale telah meningkatkan semangat pasukan untuk mencari gol penyamaan.

Tujuh minit kemudian, Madrid diberikan hadiah tendangan penalti setelah bola terkena tangan Bruno.

Walaupun Villarreal membantah keputusan pengadil Jesus Gil, ia tidak mengubah apa-apa.

Malah, Gil melayangkan kad kuning kepada Bruno juga Roberto Soldado yang duduk di bangku simpanan kerana melontarkan bantahan atas keputusan tersebut.

Penalti yang diberikan berjaya disempurnakan Ronaldo sekali gus menyamakan kedudukan, 2-2.

Kemasukan Alvaro Morata menggantikan Karim Benzema pada minit ke-77 nyata tidak sia-sia apabila dia berjaya menajaringkan gol kemenangan buat pasukannya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan