Ibrahimovic Bawa United Julang Piala Liga Inggeris

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 7:15 AM

Barisan pemain Manchester United meraikan kemenangan mereka meraih gelaran juara Piala Liga Inggeris musim ini. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United Jose Mourinho menegaskan Zlatan Ibrahimovic memainkan peranan besar dalam memastikan kejayaan pasukannnya meraih gelaran juara Piala Liga Inggeris musim 2016/2017.

Ibrahimovic menjaringkan dua gol dalam aksi akhir menentang Southampton sekali gus membawa The Red Devils menang 3-2.

Gol kemenangan yang dicipta oleh Ibrahimovic pada minit ke-87 memberikan makna yang besar buat United yang sebelum itu terus diasak oleh Southampton pada kedudukan terikat 2-2.

"Jujur saya katakan, Ibrahimovic yang membawa kejayaan ini untuk kami kerana penampilannya yang luar biasa. Saya lihat beberapa pemain lain tampil dengan baik, namun Ibrahimovic tampil luar biasa."

"Dalam perlawanan di mana persembahan lawan lebih bagus berbanding kami dalam tempoh yang lama, Ibrahimovic memberikan perbezaan dan membawa trofi ke tangan kami," kata Mourinho mengenai Ibrahimovic memetik BBC Sport.

Mourinho turut mengakui bahawa Southampton sebenarnya mampu mengheret perlawanan ke masa tambahan.

"Mereka mampu membawa permainan ke babak seterusnya. Perlawanan ini adalah perlawanan yang membuatkan saya berdepan dengan kesukaran.

"Saya ingin memberikan penghormatan kepada Southampton. Kami memang berjaya menjulang trofi, tetapi Southampton juga layak membawa permainan ke masa tambahan," kata Mourinho.

Pengurus Southampton, Claude Puel mengakui pasukannya cukup kecewa dengan keputusan ini kerana mereka memiliki momentum yang baik apabila berjaya bangkit menyamakan kedudukan 2-2.

"Kami berjaya menyamakan kedudukan dengan kualiti yang ada pada kami. Kami berharap dapat melakukan lebih baik berbanding apa yang kami tunjukkan dalam perlawanan tadi."

"Kami bermain dalam perlawanan dengan cara mengagumkan namun berakhir tanpa trofi. Inilah bola sepak dan tahniah untuk Manchester United," kata Puel.

Untuk rekod, United sebelum ini telah menjuarai Piala Liga pada musim 1991/92, 2005/06, 2008/09 dan 2009/10.

Kemenangan ini juga merupakan gelaran pertama yang diraih United sejak dibimbing Mourinho.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan