Muhammad Fadhil Digantung Empat Perlawanan - FAM

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 7:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain PKNP FC, Muhammad Fadhil Idris digantung daripada beraksi empat perlawanan setelah didapati bersalah menumbuk muka pemain pasukan Terengganu, Issey Farran Nakajima.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif menjatuhkan hukuman itu kepada Muhammad Fadhil yang melakukan perbuatan itu pada perlawanan Liga Perdana 21 Februari lalu.

Perlawanan antara Terengganu menentang PKNP FC itu berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

"Pemain itu telah didapati bersalah kerana melanggar Artikel 50.1(d) Kod Tatatertib FAM 2015 berkenaan Salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan dan dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015 berkenaan Perintah keluar padang'.

"Muhammad Fadhil didenda RM1,000.00 dan diberi amaran keras serta hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama," katanya dalam kenyataan dikeluarkan oleh FAM, Isnin.

Empat perlawanan Liga Perdana iatu adalah antara PKNP FC menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Perak, Ipoh pada 24 Februari iaitu penggantungan perlawanan secara automatik.

Muhammad Fadhil juga tidak akan beraksi ketika menentang Johor Darul Ta'zim II di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, esok dan perlawanan bertemu Sabah pada 3 Mac di Stadium Perak, Ipoh.

Satu lagi perlawanan ialah antara MISC-MIFA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 7 April ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PKNP FC , Muhammad Fadhil Idris

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan