Pemain Bernilai RM1.1 Bilion Diburu

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2017 11:12 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER UNITED dilapor sedia memecahkan rekod perpindahan paling mahal di dunia yang dikini dipegang oleh bintang Perancis, Paul Pogba.

Portal Metro.uk melaporkan, tonggak Barcelona, Neymar menjadi sasaran utama Jose Mourinho pada jendela perpindahan hujung musim ini untuk memantapkan lagi skuad Red Devils.

Mourinho membeli Pogba dengan nilai 89 juta pound (RM491) pada musim lalu dan kini dia dilapor akan diberikan dana sebanyak 200 juta pound (RM1.1 bilion) untuk memancing kapten pasukan Brazil itu.

Neymar baru sahaja menandatangani kontrak baharu bersama Barcelona pada Oktober lalu dengan klausa pelepasan bernilai 180 juta pound (RM994 juta) dan nilai tersebut dijangka meningkat 20 juta pound (RM110 juta) pada hujung musim ini.

Walaupun Neymar menunjukkan komitmen yang tinggi bersama pasukannya, United yakin mereka mampu memancing penyerang berbisa itu ke Old Trafford pada musim depan.

Malah media Sepanyol melaporkan, Mourinho cuba mempengaruhi pemain berusia 25 tahun itu untuk berhijrah bagi mengembangkan lagi kariernya.

Laporan itu mendakwa, Mourinho percaya kehadiran Neymar ke Manchester United amat tepat dan sesuai dengan pasukannya.

Neymar sudah menjaringkan 61 gol sepanjang 112 penampilan bersama Barcelona.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Neymar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan