Kedah Terus Ungguli Takhta Liga Super

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2017 9:25 AM

Pemain Kedah Mohd Rizal Ghazali (kiri) diasak pemain Pulau Pinang, Andrew James Russel pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Darul Aman malam Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedah kekal mengungguli carta Liga Super selepas mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas pasukan tercorot, Pulau Pinang di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Sabtu.

Namun pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang sensasi mereka, Mohamad Faiz Subri pada minit ke-19 sebelum Mohd Fitri Omar menyamakan kedudukan selang tiga minit kemudian.

Serangan bertali arus tuan rumah di babak kedua membuahkan hasil apabila Syafiq Ahmad menyumbat gol kedua pada minit ke-75 sebelum Liridon Krasniqi melebarkan jaringan pada minit ke-86 untuk memastikan tiga mata berharga menjadi milik skuad Helang Merah.

Di Stadium Hang Jebat, tuan rumah Melaka United terpaksa akur dengan kehebatan anak buah Dollah Salleh selepas pasukan itu diaibkan Pahang 0-3.

Gol pembukaan skuad Tok Gajah dijaringkan Joseph Kalang Tie pada minit  ke-21 yang melakukan rembatan padu dari luar kotak penalti.

Penyerang import Pahang, Matheus Alves Leandro dari Brazil dan Muhamadou  Sumareh dari Gambia menambah derita anak buah Eric Williams selepas  masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-43 dan 56.

Pasukan dari selatan tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali menemui rentak kemenangan selepas penyerang mereka, Gabriel Miguel Guerra dari Argentina mencipta hatrik untuk menewaskan T-Team 3-0.

Gabriel Guerra mempamerkan aksi memukau sebaik perlawanan dimulakan dengan melancarkan beberapa pergerakan berbahaya dan beliau berjaya menjaringkan gol pada minit ke-9, 30 dan 39.

Sementara itu, aksi di Stadium Shah Alam menyaksikan Sarawak menumpaskan tuan rumah, PKNS FC 3-2.

Tiga gol Sarawak dijaringkan Mateo Roskam pada minit ke-18 diikuti Mark Hartmann (m60) dan Hafiz Abu Bakar (m64) manakala gol PKNS dihasilkan Lucas Espindola (m55) dan Khairul Ramadhan Zauwawi (m90).

Aksi di Stadium Tun Abdul Razak, Maran menyaksikan Perak mensia-siakan peluang mengutip mata penuh selepas sekadar terikat 2-2 menentang pasukan kedua tercorot liga, Felda United.

Perak terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Hafiz Kamal seawal minit-13 sebelum Mohd Zaquan Adha Abd Razak meletakkan skuad 'The Bos Gaurus' selesa 2-0 di hadapan pada minit ke-51.

Namun Felda bangkit melancarkan serangan dan berjaya menjaringkan dua gol dalam masa dua minit menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-67 dan Matias Cano (m68).

Dalam pada itu, di Stadium Sultan Mohammad IV pula menyaksikan Kelantan mengalami kekalahan ketiga berturut-turut selepas tewas 0-2 di tangan Selangor.

Pemain kelahiran Brazil, Juliano Mineiro Fernandes muncul wira skuad Gergasi Merah apabila menjaringkan dua gol pada minit ketiga dan 63 untuk memastikan Selangor pulang dengan tiga mata.
Tags / Kata Kunci: Liga Super , Kedah , Mohd Fitri Omar

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan