Prestasi Penyerang Tempatan Meningkat Naik - Ketua Jurulatih JDT

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2017 1:17 PM

Penjaga gol T. Team FC Mohd Suhaimi Husin gagal menangkis cubaan pemain JDT, Gonzalo Gabriel Cabrera pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin pada 25 Februari 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora menyuarakan keyakinan bahawa prestasi pemain tempatan kelab itu akan meningkat dengan baik susulan kemenangan bergaya 3-0 ke atas T-Team dalam aksi Liga Super pada Sabtu.

Mengulas tentang perlawanan itu, Mora berkata, pasukannya permain dengan baik sekali apabila menguasai permainan dengan penguasaan bola sebanyak 87 peratus.

Selain itu katanya, pasukannya tidak kehilangan bola selama lebih daripada 15 saat sepanjang perlawanan yang berlangsung di Stadium Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin.

"Kami telah memenangi beberapa perlawanan dengan hanya menggunakan penyerang tempatan manakala pasukan lain masih bergantung sepenuhnya kepada penyerang luar negara mereka.

"Saya yakin prestasi penyerang tempatan kita akan meningkat dengan baik. Tahniah kepada semua pemain dan terima kasih kepada semua penyokong," katanya menerusi kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

Dalam perlawanan, penyerang kelahiran Argentina, Gabriel Guerra melengkapkan malam gemilang buat skuad Harimau Selatan dengan menyumbat hatrik dalam tempoh kurang 30 minit.

JDT kini menduduki tangga kelima liga dengan lapan mata, namun berbaki satu perlawanan berbanding pasukan lain yang telah bermain enam perlawanan.

Aksi Liga Super 2017 menyaksikan JDT melakar dua kemenangan, dua seri dan kalah sekali.

Sementara itu, T-Team kekal di tangga keenam dengan lapan mata selepas mencatat keputusan menang dua kali, seri dua kali dan kalah dua kali.

Tags / Kata Kunci: Benjamin Mora , JDT , T-Team , Liga Super

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan