Waspada Kebangkitan Pulau Pinang - TCH

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2017 9:26 AM

Tan Cheng Hoe

(Ubah saiz teks)

KESEBELASAN utama Kedah diingatkan untuk berwaspada dengan kebangkitan Pulau Pinang ketika berdepan pasukan itu dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini.

Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata, walaupun lawan kali ini masih belum mencatatkan kemenangan namun kebangkitan sesebuah pasukan tidak boleh diambil mudah.

Menurutnya, Pulau Pinang mampu beraksi baik ketika setiap kali bertemu Kedah dan ini terbukti dengan keputusan yang dicatatkan pada musim lalu.

"Oleh itu, saya tetap akan memberiskan kesebelasan utama terbaik bagi memastikan tiga mata penuh menjadi milik kita.

"Beraksi di hadapan 25,000 peminat kita sendiri di Stadium Daarul Aman juga penting untuk kita setelah mengatasi Kelantan di Kota Bharu.

"Saya berharap pemain akan beraksi seperti biasa dengan penuh kesungguhan bagi mencapai kemenangan yang bakal memastikan kita terus menguasai persada Liga Super," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, apa yang menyenangkan beliau ialah Liridon Krasniqi yang merupakan tonggak penting di bahagian temgah sudah pulih daripada kecederaan dan dia mampu berada dalam kesebelasan utama yang akan memulakan perlawanan malam ini.

"Walaupun Liridon sudah pulih daripada kecederaan Sandro Da Silva perlu berehat lebih lama lagi bagi untuk mengatasi kecederaan dibahagian belakang.

"Syazwan Zainon yang cedera dibahagian lutut dan tidak beraksi ketika kita bertemu Kelantan Sabtu lalu berkemungkinan besar akan di rehatkan kecuali pegawai perubatan member kebenaran untuk dia beraksi pada perlawanan malam ini.

"Selain itu, barisan pemain muda juha berada dalam keadaan bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa sahaja," jelasnya.

Cheng Hoe selain itu turut berharap penyokong Kedah akan memenuhi stadium bagi memastikan tiga mata menjadi milik skyad hijau kuning sekali gus mempertahankan rekod tanpa kalah.
Tags / Kata Kunci: Liga Super , Tan Cheng Hoe

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan