Raiola Mahu Potong Lidah Balotelli - Bola Sepak | mStar

Raiola Mahu Potong Lidah Balotelli

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2017 7:35 AM

Mario Balotelli

(Ubah saiz teks)

EJEN kepada pemain Mario Balotelli berkata satu-satunya cara untuk menghentikan penyerang Nice itu daripada membuat masalah dengan mengeluarkan kata-kata kesat adalah dengan 'memotong lidahnya'.

Balotelli dibuang padang kerana mempertikaikan keputusan pengadil Tony Chapron semasa kemenangan Nice di Lorient hujung minggu lalu.

Ia merupakan kad merah kedua dalam kariernya di Ligue 1 setakat ini.

Ejen Mino Raiola berkata: "Saya telah menemui penyelesaiannya. Kami akan memotong lidahnya.

"Untuk bermain bola sepak, anda tidak memerlukan lidah, jadi kami akan memotongnya.

"Sebenarnya dia tahu dia telah membuat kesilapan besar, dia tiada alasan. Ia adalah sesuatu yang dia tahu bahawa dia perlu mengubahnya. Dia sedih untuk dirinya sendiri dan pasukan."

Balotelli kini digantung satu perlawanan, yang mana dia akan terlepas perlawanan liga menentang Montpellier pada Jumaat.

Tetapi Raiola enggan mengulas mengenai lanjutan kontrak pemain itu.


"Masih terlalu awal untuk bercakap tentangnya," katanya.

"Perkara paling penting adalah untuk menjadikan tiga bulan ini positif untuk dirinya, pasukan dan orang-orang di Nice.

"Selepas itu, kita ada banyak masa untuk bercakap mengenai masa depannya."
Tags / Kata Kunci: Balotelli , Raiola

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan