Negeri Sembilan Terus Terajui Carta Liga Perdana

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2017 8:19 AM

Pemain Negeri Sembilan Annas Rahmat (kiri) mengasak pemain Kuantan FA Abdul Wafiy Abdul Ghafar pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Darul Makmur malam Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad 'Hoben Jang Hoben' mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana selepas menewaskan Kuantan FA 3-1 di Stadium Darul Makmur malam Jumaat.

Pasukan Negeri Sembilan itu setakat ini mengutip 15 mata daripada lima perlawanan.

Gol kemenangan pasukan pelawat itu diperoleh menerusi Junichi Suzuki seawal minit kelapan dan diikuti jaringan Marko Simic pada minit ke-13 dan 56.

Sementara gol saguhati pasukan tuan rumah dijaringkan Shunsuke Nakatake pada minit ke-88.

Sementara di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pasukan tuan rumah Terengganu mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-1.

Pemain import dari Argentina, Federico Matias Falcone meledakkan gol pertama pada minit keempat dan Kuala Lumpur berjaya menyamakan kedudukan melalui Na'im Nazmi Zainudin pada minit ke-35.

Selepas rehat, Turaev Lutfulla, penyerang dari Uzbekistan meletakkan Terengganu di hadapan dengan gol kemenangan minit ke-52.

Di Stadium Perak, Ipoh, menyaksikan perlawanan antara pasukan  Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa dilanjutkan selama 28 minit akibat masalah lampu limpah.

Bagaimanapun sehingga tamat perlawanan masa penuh, kedua-dua pasukan masih buntu mencari gol masing-masing.

Namun dalam kekalutan mencari gol, dua kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan, Suresh Jayaraman kepada Mohd Fazli Zulkifli (PKNP FC) dan Zuhairy Johari (ATM) akibat pergaduhan dalam minit- minit akhir perlawanan.

Pasukan tuan rumah akhirnya berjaya mengutip tiga mata hasil jaringan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dalam masa kecederaan yang membolehkan pasukan itu mengubah kedudukan mereka dalam carta setakat ini.

Mereka kini berada di kedudukan kedua dengan 13 mata selepas menang empat kali dan seri sekali selepas enam perlawanan.

Terdahulu di Stadium Universiti Teknologi Mara, UiTM FC dan pasukan pelawat JDT II berkongsi satu mata selepas terikat 2-2.

Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi Sadam Hashim pada minit ke-22 dan selepas rehat Akanni Sunday meletakkan UiTM di hadapan pada minit ke-48.

Pemain import JDT II dari Argentina, Nicolas Alberto berjaya menyamakan kedudukan selepas meledakkan gol pada minit ke-61 dan 85.
Tags / Kata Kunci: Liga Perdana , Junichi Suzuki

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan