Conte Sedih Ranieri Dipecat

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2017 7:18 AM

Antonio Conte

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Chelsea Antonio Conte berkata dia sedih apabila mendapat tahu Claudio Ranieri dipecat daripada Leicester City pada pertengahan musim saingan Liga Perdana Inggeris.

Keputusan kelab menyebabkan Ranieri terpaksa meninggalkan Stadium King Power, ekoran kedudukan The Foxes semakin menghampiri zon penyingkiran.

Satu lagi faktor utama pemecatannya disebabkan kekalahan 1-2 pasukan itu kepada Sevilla dalam Liga Juara-Juara.

Turut dilaporkan pemecatan itu juga dibuat atas kemahuan pemain, namun Conte berkata jika perkara itu benar, dia tidak selesa dengan keputusan itu.

Conte berkata hanya sebuah kelab 'tanpa kuasa' yang membolehkan ia dipengaruhi kehendak pemain.

"Saya tak suka untuk mengikuti cerita-cerita seperti ini kerana saya fikir ia tidak betul. Ia tidak menghormati Claudio," kata Conte.

"Bukan tugas pemain untuk membuat keputusan sama ada pengurus mesti dipecat atau tidak.

"Jika ini berlaku, ia bermakna kelab itu adalah 'teruk' dan tiada kuasa. Saya tidak mempercayainya.

"Saya tidak mahu dengar cerita-cerita seperti ini. Pengurus akan berasa kecewa apabila membayangkan pemain boleh menentukan nasib dan masa depan mereka," katanya.

Mengenai reaksinya, Conte mengakui dia berasa sedih.

"Reaksi saya? Saya amat sedih tetapi ini adalah tugas kami.

"Saya kecewa bagi pihaknya kerana pertama, dia seorang rakan, seorang lelaki dan pengurus yang sangat baik.

"Hanya satu musim lalu dia menang kejuaraan dengan kelab dan pemain. Dia telah mencapai impian kelab untuk memenangi kejuaraan," katanya.
Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , Claudio Ranieri , pecat

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan