Leicester Pecat Ranieri - Kelab - Bola Sepak | mStar

Leicester Pecat Ranieri - Kelab

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 7:26 AM

Claudio Ranieri

(Ubah saiz teks)

LEICESTER City pada Khamis memecat pengurus Itali, Claudio Ranieri iaitu sembilan bulan selepas dia memimpin pasukan itu menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun menurut kenyataan Leicester City, keputusan itu terpaksa diambil demi masa depan pasukan yang kini berada hanya satu mata di atas zon penyingkiran selepas 25 perlawanan.

Leicester juga belum menjaringkan gol dalam enam perlawanan liga tahun ini.

Namun, Leicester masih beraksi dalam Liga Juara-Juara dan tewas 2-1 kepada Sevilla pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir, kelmarin.

Ranieri tertekan dalam beberapa minggu ini dan turut dikatakan bertelagah dengan beberapa pemainnya.

Penolong pengurus, Craig Shakespeare dan jurulatih pasukan utama, Mike Stowell akan mengambil alih tugas Ranieri buat sementara waktu.

Tags / Kata Kunci: Leicester City , Claudio Ranieri
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan