Wayne Rooney Ke Liga Super China Minggu Ini?

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2017 11:05 AM

(Ubah saiz teks)

EJEN kepada bintang Manchester United, Wayne Rooney dilapor telah berada di China untuk membincangkan pemindahan pemain itu.

Walaupun tiada sebarang jaminan perbincangan itu akan berjaya namun usaha tetap diteruskan sebelum jendela pemindahan pemain bagi Liga Super China ditutup 28 Februari ini.

Pengendali United, Jose Mourinho sebelum ini telah menegaskan bahawa dia sedia melepaskan pemain berusia 31 tahun itu ke China jika itu hasratnya.

Setakat ini, kelab Beijing Guoan yang menjadi pasukan kesukaan Presiden China dilapor antara yang berminat untuk mendapatkan Rooney.

Selain itu, Jiangsu Suning dan Tianjin Quanjian turut dilaporkan mahu mendapatkan khidmat ketua pasukan England berkenaan.

Namun, wakil Rooney yang berada di China dilapor telah berbincang dengan jurulatih Tianjin Quanjin, Fabio Cannavaro mengenai beberapa pemintaan.

Rooney kini tidak lagi menjadi pemain pilihan Mourinho dalam kesebelasan utama termasuk dalam perlawanan penting sehingga jurulatih kelahiran Portugal berkenaan merelakan pemain berkenaan meninggalkan kelab itu. - BBC

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Wayne Rooney , China

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan