Tewas Kepada Valencia, Real Madrid Gagal Jauhi Barca

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2017 7:46 AM

Bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo terbaring di padang selepas pasukannya tewas 1-2 kepada Valencia dalam perlawanan wal pagi Khamis. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid gagal meraih mata penuh di kandang Valencia, dalam perlawanan awal pagi Khamis.

Walaupun menurunkan kekuatan penuh, skuad bimbingan Zinedine Zidane terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 di Stadium Mestalla dalam perlawanan La Liga yang sebelum ini ditunda.

Dalam perlawanan tersebut, Madrid menerima tamparan hebat dengan dua gol 'segera' Valencia.


Gol pertama Valencia diperolehi menerusi Simone Zaza seawal minit kelima, apabila dia memanfaatkan umpan Munir El Haddadi.

Fabian Orellana menggandakan keunggulan Valencia pada minit kesembilan hasil assist Nani.

Madrid hanya mampu memecahkan kebuntuan gol menerusi tandukan Cristiano Ronaldo pada minit ke-44.

Ronaldo harus menerima hakikat bahawa pasukannya telah kalah buat kali kedua dalam perlawanan La Liga musim ini, seterusnya terpaksa menelan kekalahan dalam perlawanannya yang ke-700 sepanjang bersama Madrid.


Keputusan ini tidak mengubah kedudukan Madrid di takhta La Liga dengan 52 mata, tetapi hanya berbeza satu mata dengan musuh ketat mereka, Barcelona di posisi kedua.

Bagaimanapun, gol tersebut telah mencatatkan nama Ronaldo sebagai pemain yang paling banyak mencipta gol dengan tandukan dalam lima liga elit Eropah dengan jumlah 51 gol. 

Tags / Kata Kunci: La Liga , Cristiano Ronaldo

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan