Annuar Dedah 7 Visi Terajui FAM

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2017 8:50 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Calon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa mendedahkan tujuh visi yang akan dilakukan andai dipilih menerajui badan induk itu.

Dalam entri terbaharunya dalam laman sosial Facebook pada Khamis, antara perancangan beliau adalah menjadikan bola sepak sebagai agenda nasional seiring dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan menggubal kerangka 30 tahun yang dinamakan ‘Malaysia Dare to Dream 2050'.

Annuar turut menggariskan pelan tindakan untuk pasukan Harimau Malaysia, termasuk berada dalam kelompok 100 terbaik FIFA, membentuk pemain tempatan dan beraksi di peringkat global.

Bagaimanapun, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai pelan tindakan yang mahu dilakukannya.

Sebaliknya Annuar berkata aspek integriti pengurusan, pemain serta pegawai, selain membebaskan FAM daripada rasuah turut menjadi diberi keutamaan.

"Ada yang bertanya kepada saya 'apakah saya tak ada perancangan untuk FAM?.

"Ada. Cuma sabarlah dulu. Saya beri kerangka kasar. Perinciannya bula depan ya," tulis Annuar.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lagi calon Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan mengenai visi dan misinya dalam satu pertemuan bersama penyokong bola sepak tempatan di Kuala Lumpur pada Rabu.

Antara perkara yang mahu dilakukan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu adalah memperbetulkan struktur organisasi FAM yang disifatkannya dibelenggu kesilapan dan pengurusan, membabitkan kewangan dan kurang rasa profesionalisme.

TMJ juga mahu pasukan kebangsaan memiliki struktur organisasinya tersendiri dan ia tidak boleh diganggu mana-mana pihak manakala setiap perkembangan semasa Harimau Malaysia akan dilaporkan terus kepadanya.

Kongres Pemilihan FAM ke-53 bagi penggal 2012/2021 dijadual berlangsung pada 25 Mac ini.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , FAM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan