Mourinho Akui Rooney Mungkin Tinggalkan United

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2017 7:50 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho tidak dapat memberi jaminan bahawa kapten Wayne Rooney akan kekal bersama kelab itu pada hujung musim ini.

Pengesahan itu dibuat pada sidang media menjelang pertembungan menentang Saint-Etienne.

Rooney sedang bergelut dengan kecederaan dan walaupun dia sudah pun kembali berlatih, dia tidak berkunjung ke Perancis untuk aksi pusingan kedua Liga Europa.

Malah, pemain berusia 31 tahun itu turut dikaitkan dengan perpindahan ke China.

"Anda perlu tanya dia. Saya tidak boleh beri jaminan bahawa dia akan kekal di sini musim depan.

"Jika dia meninggalkan kelab ini suatu hari nanti, ia bukan kerana saya mahu dia pergi. Saya tidak pernah mendesak atau cuba menyingkirkannya dari kelab ini.

"Jadi anda patut tanya dia sama ada dia merancang untuk pergi ke kelab lain tetapi saya tidak mahu dia pergi," kata Mourinho.

Sementara itu, ditanya mengenai masa depannya, Mourinho berkata dia mempunyai kontrak dua tahun bersama United.

"Saya suka bekerja dengan kelab ini. Keputusan sama ada saya akan meninggalkan kelab ini bergantung kepada lembaga pengarah," katanya.

Mourinho turut ditanya mengenai pengecualian Luke Shaw daripada skuad Liga Europa dan secara umumnya musim ini.

"Dia disisihkan kerana saya lebih gemar menurunkan Daley Blind, Marcos Rojo, Matteo Darmian, kesemua mereka beraksi dengan cara yang saya inginkan.

"Luke perlu menunggu peluangnya, dia perlu berusaha lebih keras kerana dia mengetahui saya tidak memberi apa sahaja secara percuma," kata Mourinho.




Tags / Kata Kunci: Wayne Rooney , Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan