Presiden FAM: Saya Sedia Bekerja Dengan Sesiapa Sahaja - Annuar Musa

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2017 4:38 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Calon Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa berkata beliau bersedia bekerja dengan sesiapa sahaja sekiranya dipilih menerajui badan induk itu.

Menurutnya, antara misi yang mahu dibawanya adalah mewujudkan keharmonian, semangat berpasukan dan menghormati semua exco yang dipilih.

"Saya tidak terikat dengan sesiapa dan boleh bekerja dengan sesiapa saja. 

"Adalah buruk bagi FAM kalau kita mula berpuak-puak, bergaduh sesama anggota gabungan, bergaduh dengan kementerian dan sebagainya," katanya menerusi entri di laman sosial Facebooknya seperti dilaporkan Bernama pada Selasa.

Laporan akhbar pada Selasa menyebut, calon Timbalan Presiden FAM Datuk Yusoff Mahadi membayangkan yang beliau hanya mampu bekerja dengan seorang lagi calon Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Annuar yang juga penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menegaskan beliau tidak menyertai mana-mana kumpulan dalam badan induk itu menjelang Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac depan.

"FAM perlu tenang dan kekalkan sifat saling hormat-menghormati. Saya tidak akan menekan sesiapa dan tidak berkumpulan. Tiada sogokan dan tiada ugutan.

"Saya percaya badan gabungan bijak membuat pilihan sendiri corak mana kita mahu FAM ditadbir..semuanya baik-baik belaka," katanya.

Pemilihan itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi merebut jawatan Presiden FAM membabitkan Tunku Ismail dan Annuar.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, penyandangnya, Datuk Seri Afandi Hamzah dicabar Yusoff dan Datuk Seri Subahan Kamal.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , FAM

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan