Presiden FAM: TMJ, Annuar Musa Tetap 'Bersemuka'

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 2:42 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Perebutan kerusi panas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal menyaksikan pertembungan antara calon dari dunia politik dan kerabat diraja.

Bekas Presiden Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail masing-masing enggan berganjak daripada pendirian untuk bertanding sebagai Presiden FAM selepas mengesahkan pencalonan pada 13 Februari lalu.

FAM menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan pencalonan Tunku Ismail dan Annuar Musa untuk bertanding jawatan Presiden FAM pada Pemilihan Kongres FAM bagi penggal 2017-2021.

Bagaimanapun Hamidin berkata, kedua-dua calon masih boleh menarik diri sehingga hari pemilihan yang dijadualkan berlangsung pada 25 Mac depan di Hotel Hilton di sini pukul 10 pagi.

"Calon boleh menarik diri sehingga hari pemilihan dengan mengemukakan surat kepada sekretiat," kata beliau pada sidang media selepas Mesyuarat Exco FAM yang ke-11 di Wisma FAM pada Isnin.

Mesyuarat tersebut juga merupakan yang terakhir buat kepimpinan FAM bagi penggal 2014 sehingga 2017 yang menumpukan persediaan kepada Kongres Pemilihan FAM pada bulan depan.

Sementara itu, mengulas tentang kempen 'panas' yang dijangka tercetus antara Tunku Ismail dan Annuar Musa, Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah mengharapkan proses pemilihan dapat berjalan dengan lancar.

"Seperti kita nyatakan, tujuan kita awalkan pemilihan kongres ini adalah memberi mandat kepada ahli-ahli gabungan untuk menentukan kepimpinan baharu FAM.

"Jadi peluang sudah ada dan kita berharap ahli gabungan menggunakan peluang yang ada untuk memilih kepimpinan baharu bagi penggal seterusnya," katanya.

Secara keseluruhannya, seramai 38 calon disahkan merebut jawatan penting dalam FAM termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden, ahli jawatankuasa eksekutif (Exco) lelaki dan wanita.

Afandi turut tersenarai untuk mempertahankan jawatannya selepas berdepan cabaran daripada pengurus Melaka United, Datuk Wira Mohd Yussof Mahadi dan bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal.

Kedudukan kesemua calon akan ditentukan oleh undian 38 perwakilan yang terdiri daripada 19 ahli gabungan FAM.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan