Kelantan Mahu Tebus Maruah, Rombak Pasukan

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 6:39 PM

Mohamad Ghaddar tidak dapat diturunkan menentang Melaka United pada 21 Februari 2017 akibat kecederaan. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kelantan terpaksa melupakan khidmat penyerang import, Mohammed Ghaddar dan Alessandro Padovani Celin untuk pertemuan menentang Melaka United dalam saingan Liga Super di laman sendiri pada Selasa.

Kedua-dua pemain itu yang masing-masing cedera di kaki, setakat ini belum yakin dapat beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV, malam Selasa.

Ini memaksa jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail melakukan rombakan dalam skuadnya, sekali gus mengadakan penggiliran agar ada pemain yang dapat direhatkan dalam mengharungi jadual musim ini.

"Sebenarnya penggiliran pemain amat sukar untuk dilakukan memandangkan mereka belum lagi serasi bersama tetapi ia terpaksa dibuat memandangkan Kelantan akan menghadapi lima perlawanan berturut-turut dalam tempoh masa yang singkat," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Pada masa sama, Zahasmi berkata beliau yakin skuad kendaliannya akan menebus maruah dengan memenangi perlawanan esok selepas tewas 0-1 kepada Kedah, Sabtu lalu.

"Kami mahu tiga mata kerana ia akan mengembalikan moral pemain dan juga penyokong kami. 

"Saya yakin pemain mempunyai semangat untuk bangkit selepas kalah dua kali berturut-turut iaitu kepada PKNP FC dalam Piala FA dan Kedah dalam Liga Super," katanya.

Aksi Kelantan dan Melaka United malam esok adalah perlawanan yang ditunda pada 21 Jan lepas akibat cuaca buruk di Kelantan. 

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Melaka United , Zahasmi Ismail

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan