Kapten MU Lega, Mahu Fokus Jumpa Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kemenangan pertama pendatang baharu Liga Super 2017, Melaka United di Stadium Negeri, Kuching pada Sabtu, ternyata melegakan penyokong Sang Kancil selepas pasukan kesayangan mereka itu memulakan kempen dengan rentak hambar.

Hanya satu mata dikumpul selepas tiga perlawanan awal liga dengan manyaksikan satu keputusan seri dan dua kekalahan dicatatkan oleh juara Liga Perdana 2016 itu.

Namun kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak sudah memadai buat pasukan bimbingan Eric Williams mengutip tiga mata penuh yang pertama, sekali gus melonjakkan Melaka United ke tangga kesembilan liga dengan mengumpul empat mata daripada empat perlawanan.

Malah kapten pasukan, Illija Spasojevic juga tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila membantu Melaka United menewaskan Sarawak, lebih-lebih lagi kejayaan itu dilakar di tempat lawan.

Namun Spasojevic enggan dibuai dengan kemenangan itu, sebaliknya mahu rakan sepasukannya memberi fokus kepada perlawanan seterusnya menentang Kelantan.

"Saya amat gembira dengan aksi rakan sepasukan yang bermain dengan baik dan hasilnya tiga mata berjaya dibawa pulang.

"Kini fokus seterusnya adalah pertemuan dengan Kelantan," kata pemain berusia 29 tahun itu ketika dihubungi mStar Online.

Melaka United masih kekurangan satu perlawanan akibat perlawanan ditunda pada perlawanan pembukaan dan berpeluang membaiki kedudukan jika meneruskan momentum kemenangan.

Tags / Kata Kunci: Melaka United , Ilija Spasojevic

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan