Wenger Mahu Kekal Di Emirates

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2017 2:38 PM

Arsene Wenger.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak menyembunyikan hasratnya untuk kekal dalam pengurusan bola sepak selama empat tahun lagi sekali gus memberi isyarat dia mahu terus memimpin Arsenal.

Namun, Wenger berkata dia hanya akan membuat keputusan sama ada untuk melanjutkan khidmatnya di Emirates pada Mac atau April akan depan.

Pengurus berusia 67 tahun itu masih yakin dia akan kekal sebagai pengurus pada musim depan sama ada bersama Arsenal atau kelab lain.

Wenger menafikan laporan media pada Sabtu bahawa kenyataan itu berunsur ancaman sebaliknya mendedahkan keutamaannya pada ketika ini adalah mahu kekal bersama Arsenal.

"Ia bukan ancaman sama sekali.

"Pilihan utama saya sentiasa untuk mengendali Arsenal. Saya fikir, saya sudah membuktikannya. Namun saya sudah cukup dewasa untuk menganalisis situasi," kata Wenger.

Wenger yang juga pengurus kedua terlama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris akan tamat kontrak bersama Arsenal pada hujung musim ini.

Dengan membandingkan dirinya dan juga bekas pengendali Manchester United, Sir Alex Fergusin yang juga pengurus terlama dalam Liga Perdana Inggeris, Wenger berkata dia boleh memegang jawatan itu selama empat tahun lagi.

"Ferguson empat tahun lebih tua daripada saya (ketika dia bersara). Jadi mungkin saya masih ada empat tahun lagi atau lebih lama lagi atau kurang.

"Saya tidak tahu. Setiap orang berbeza. Namun saya tetap kagum dengan Ferguson, dia pengurus luar biasa yang sudah mencapai segalanya. Saya belum berada di tahap itu," katanya.

Wenger terus dihimpit kekecewaan apabila anak buahnya tewas 5-1 kepada Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara.

Kekalahan itu meletakkan mereka di ambang penyingkiran ketujuh berturut-turut pada pusingan 16 terbaik kejuaraan itu.

Arsenal juga ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea.


Tags / Kata Kunci: Arsenal , Arsene Wenger

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan