Tunggakan Gaji Bukan Punca Kelantan Tewas

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2017 2:14 PM

Pemain Kelantan, Mohd Nor Farhan diasak pemain Kedah, Muhammad Akram Mahinan pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam Sabtu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Tunggakan gaji bukan penyebab kekalahan Kelantan kepada Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Muhammad IV malam Sabtu, kata pemain pertahanan Kelantan Nor Hafiz Zamani Misbah.

Beliau berkata kekalahan itu berikutan kesilapan yang dilakukan oleh pemain dan tiada kena-mengena dengan isu tunggakan gaji.

"Pasal masalah gaji saya tidak mahu komen apa-apa, masalah itu biar pihak pengurusan menguruskannya. Sebagai pemain kami perlu memberikan tumpuan kepada setiap perlawanan dan bersikap profesional," katanya ketika ditemui pemberita malam Sabtu.

Pada Sabtu, akhbar melaporkan pemain Kelantan tidak dibayar gaji selama tiga bulan sejak November hingga Januari lepas.

Pada perlawanan malam Sabtu, Kedah menang tipis 1-0 ke atas Kelantan selepas jaringan tunggal kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-81 menerusi sepakan penalti cukup untuk skuad Helang Merah meraih tiga mata berharga.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail berkata kehilangan dua penyerang import iaitu Mohammed Ghaddar yang tidak dapat diturunkan akibat cedera nyata memberi kesan kepada perancangan awal pasukan itu.

"Selain itu, penyerang import iaitu Alessandro Padovani Celin yang dikeluarkan akibat kecederaan pada minit ke-28 turut memberi kesan kepada posisi terbabit.

"Saya terpaksa menggunakan penyerang muda tempatan iaitu Muhammad Danial Ashraf Abdullah walaupun pemain ini kurang pengalaman," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: tunggakan gaji , Kelantan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan