Kedah Gah Dipersada Liga Super, Pahang Pesta Gol

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2017 7:20 AM

Pemain Perak Vladislav Mitkov Mirchev (kiri) meraikan kejayaan bersama kapten Perak, Mohd Shahrom Abd Kalam (kanan) selepas menjaringkan gol kemenangan pada pertarungan dengan JDT pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak Sabtu malam.
 Perak menumpaskan JDT dengan keputusan 2-1.
 
-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Kedah merampas kembali kedudukan teratas Liga Super daripada Selangor, selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, pada Sabtu malam.

Jaringan tunggal kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-81 menerusi sepakan penalti cukup untuk skuad Helang Merah meraih tiga mata berharga, sekaligus gah di persada dengan 11 mata dari lima perlawanan.

Pahang melonjak ke tangga kedua carta berdasarkan kelebihan jaringan walaupun berkongsi 10 mata dengan Perak, selepas berpesta gol ke atas pasukan tercorot liga, Pulau Pinang dengan kemenangan 6-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Pemain import dari Gambia, Sumareh Mohamadou dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria meletakkan skuad Tok Gajah di hadapan menerusi jaringan pada minit ke-16 dan 24, sebelum pasukan pelawat mengurang defisit melalui Nigel Dabinyaba pada minit ke-31.

Bersambung pada babak kedua, skuad kendalian Dollah Salleh terus memburu jaringan menerusi Joseph Kalang Tie (min 66), pemain import dari Brazil, Matheus Alves Leandro (min 73) dan Mohamad Ashari Samsudin (min 84 dan 85) untuk melengkapkan kemenangan bergaya itu.

Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan Perak menggunakan dengan baik peluang beraksi di laman sendiri untuk menumpaskan juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-1.

Skuad 'The Bos Gaurus' bermula garang apabila penyerang import dari Palestin, Yashir Armando Pinto Islame menjaringkan gol seawal minit ketujuh sebelum skuad Harimau Selatan menyamakan kedudukan menerusi penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri dua minit kemudian.

Usaha kedua-dua belah pihak yang berbalas serangan akhirnya berpihak kepada Perak apabila pemain import dari Bulgaria, Vladislav Mitkov Mirchev berjaya meledak jaringan pada minit ke-75 untuk meraih tiga mata berharga.

Pasukan T-Team pula gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 2-2 dengan pasukan PKNS FC, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

T-Team yang berada di hadapan pada separuh masa pertama menerusi dua jaringan pemain import dari Uzbekistan, Farhod Tadjiev pada minit kesembilan dan 45, gagal mempertahankan kedudukan itu apabila skuad Semut Merah menyamakan kedudukan melalui Mohd Khairul Ramadhan M Zauwawi pada minit ke-78 dan gol sendiri Mahamadou Samassa pada minit ke-90.

Sementara itu, pendatang baharu Melaka United meraih kemenangan pertama liga selepas menewaskan Sarawak 1-0 menerusi jaringan tunggal pemain import dari Korea Selatan, Jeon Woo-young pada minit ke-13 di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching.

Dalam satu-satunya aksi Liga Super semalam, Selangor membenam Felda United FC 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Tags / Kata Kunci: Liga Super

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan