Bielsa Bakal Kendali Lille

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2017 10:25 PM

Marcelo Bielsa.

(Ubah saiz teks)

BEKAS pengurus Argentina, Marcelo Bielsa akan mengendali Lille pada musim depan selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai perjanjian kontrak.

Bielsa bersetuju dengan kontrak dua tahun bersama kelab Perancis itu yang akan bermula pada musim 2017-2018.

Beliau akan menggantikan tempat Frank Passi.

Passi dinamakan sebagai pengganti kepada jurulatih sementara, Patrick Collot pada bulan ini.

"Marcelo Bielsa tidak dinafikan sebagai salah seorang yang dihormati dan jurulatih berpengaruh di dunia. Dia juga seorang yang cita-cita tinggi sesuai dengan misi kelab ini," kata Pengarah Lille, Marc Ingla.

Bielsa digelar sebagai 'El Loco' - seorang yang gila-gila kerana cara dia menguruskan sesuatu kelab.



Tags / Kata Kunci: Marcelo Bielsa , Lille

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan