Bale Cetus Impak Selepas Berehat 3 Bulan

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2017 10:26 AM

(Ubah saiz teks)

MADRID: Gareth Bale mencetus impak sebaik pulih  daripada kecederaan sekali gus melebarkan penguasaan Real Madrid dalam La Liga apabila memperoleh kemenangan 2-0 ke atas Espanyol, awal pagi Ahad.

Bale yang baru 13 minit di padang selepas tiga bulan diketepikan kerana masalah ligamen lutut membuktikan keupayaannya apabila meledak  gol menarik yang terhasil menerusi gerakan serangan balas pada minit ke-83.

Alvaro Morata terlebih dulu meletakkan Real di depan apabila merembat bola hantaran lintang Isco 12 minit sebelum berakhir separuh masa pertama. 

"Saya gembira untuk kembali beraksi dan menjaringkan gol adalah satu bonus. Saya amat gembira kerana dapat membantu pasukan menang. 

"Saya melalui tempoh yang sukar tetapi apabila anda mendapat sambutan hangat sebegini ia lebih bermakna," kata Bale. 

Pengendali Real, Zinedine Zidane membuat tujuh pertukaran berbanding skuad yang menundukkan Napoli 3-1 dalam aksi Liga Juara-Juara, Rabu lalu sebagai persiapan berdepan jadual sibuk La Liga ke Valencia dan Villarreal. 

Morata menjadi antara pemain yang diberikan peluang beraksi dalam kesebelasan utama dengan Karim Benzema diketepikan dalam pertemuan terbabit. 

Penyerang antarabangsa Sepanyol itu tidak diturunkan sebagai pemain utama pada lima aksi terakhir liga, tetapi segera memikat hati Zidane dengan jaringan ke-11 dirinya musim ini juga menerusi hantaran Isco.

Namun, penampilan Bale dengan penuh yakin menyudahkan peluang di depan mata menunjukkan penyokong Real merindui kehadirannya. 

"Kami hanya ada satu Gareth Bale. Kami gembira untuk melihat Bale kembali kerana dia adalah pemain yang istimewa," Zidane. - AFP

Tags / Kata Kunci: Bale , La Liga , Real Madrid

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan