Selangor Lonjak Tangga Teratas

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2017 7:00 AM

Pemain Selangor, Mohd Raimi Mohd Nor meraikan jaringan gol pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat malam. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Selangor merampas kedudukan teratas dari Kedah, selepas menang 3-1 ke atas Felda United pada aksi tunggal  Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dekat sini, malam Jumaat.

Kedudukan tersebut dijangka berubah sekiranya Kedah berjaya menewaskan Kelantan pada perlawanan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baru, Sabtu.

Pada aksi di Selayang, Selangor membuka tirai jaringan pada minit ke-29 menerusi pemain import dari Romania, Victor Astafei yang melakukan tendangan lambung untuk menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd Farizal Harun.

Skuad Gergasi Merah menggandakan kedudukan pada minit ke-43 menerusi Mohd Raimi Mohd Nor selepas pemain berkenaan menyumbat masuk bola setelah sepakan penalti Francis Forkey Doe ditepis Mohd Farizal.

Pemain pertahanan, Mohd Rizal Fahmi Rosid menjaringkan gol ketiga Selangor pada masa tambahan babak pertama perlawanan, sebelum pemain import dari Argentina, Lucas Cano mengurangkan defisit jaringan untuk pasukan pelawat pada minit ke-84 selepas menanduk masuk bola hasil hantaran rakan sepasukan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Selangor , Felda United , Liga Super

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan