AA Gent Aibkan Spurs

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

KEMPEN Tottenham Hotspur pada aksi Liga Europa terus dirundung malang apabila pasukan itu tewas 0-1 kepada AA Gent pada aksi pertama peringkat 32 terakhir yang berlangsung di Ghelamco Arena, awal pagi Jumaat.

Gol tunggal perlawanan itu hadir pada minit ke-59 menerusi penyerang Gent, Jeremy Perbet.

Pasukan dari Belgium itu nyaris meledak gol kedua tetapi penjaga gol Spur, Hugo Lloris berjaya menampan percubaan tersebut untuk mengelak kekalahan besar.

Kemenangan itu ibarat hadiah awal kepada jurulatih tuan rumah, Hein Vanhaezebrouck yang meraikan ulang tahun kelahiran ke-53nya.

Anak buah Mauricio Pochettino kurang menyerlah apabila rentak permainan mereka tidak menjadi seperti diharapkan dan benteng pertahanan kelihatan goyah.

Kini, Spurs perlu bekerja keras untuk memenangi aksi timbal balik di Stadium Wembley minggu depan sekiranya mahu mengelak tersingkir buat kali kedua di pentas Eropah.

Spurs yang menghuni tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, tersingkir daripada kempen peringkat kumpulan aksi Liga Juara-Juara, kurang dua bulan lalu.

Ia juga merupakan kekalahan keempat mereka daripada tujuh perlawanan di pentas Eropah musim ini.

"Ketika memasuki separuh masa kedua, kami menukar formasi dan cuba mencari rentak untuk bermain dengan lebih baik tetapi kami melepaskan gol dengan mudah.

"Saya kecewa kerana kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal menemui penyudah berbisa. Sebaliknya, kami melakukan kesilapan dengan melepaskan gol kepada lawan," kata Pochettino.

Tags / Kata Kunci: Tottenham Hotspur , Gent

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan