Ibrahimovic Ledak Hatrik, Bantu United Benam Saint-Etienne

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 7:20 AM

(Ubah saiz teks)

ZLATAN Ibrahimovic mencipta hatrik pertamanya bersama Manchester United sekali gus membantu pasukan itu menundukkan Saint-Etienne 3-0 pada aksi pertama peringkat 32 terakhir Liga Europa di Old Trafford, awal pagi Jumaat.

Kemenangan itu turut memberi kelebihan kepada United untuk mara ke peringkat 16 terakhir menjelang aksi timbal balik di Stade Geoffroy-Guichard, Khamis minggu depan.

Malah, dengan tiga jaringan itu, Ibrahimovic kini mengumpul 17 gol sepanjang 14 perlawanan bertemu kelab Perancis itu.

Di sebalik berita gembira itu, United menerima tamparan hebat apabila akan kehilangan khidmat Ander Herrera pada aksi timbal balik selepas dilayangkan kad kuning yang menyaksikannya digantung satu perlawanan.

Aksi penuh mendebarkan itu turut menyaksikan Paul Pogba hampir menjaringkan gol tetapi percubaannya menggegar palang.

Ia merupakan aksi kompetitif pertama antara Pogba dan abangnya, Florentin yang juga pemain pertahanan Saint-Etienne.

Pasukan pelawat nyaris berada di depan apabila hantaran kurang kemas Eric Bailly ke belakang hampir dimanfaatkan Romain Hamouma.

Namun selepas Anthony Martial melakukan percubaan berbahaya kepada Stephane Ruffier dari jarak 22 meter, United memperoleh gol pertama seawal minit ke-15 menerusi sepakan percuma Ibrahimovic.

United memiliki dua peluang terbaik untuk menggandakan jaringan tetapi rembatan Juan Mata berjaya ditepis penjaga gol Saint-Etienne, Stéphane Ruffier, berpunca daripada hantaran bijak Pogba pada minit ke-25.

Babak kedua berlangsung menarik dengan Mourinho melakukan beberapa pertukaran tetapi gol kedua hanya hadir pada minit ke-75 menerusi gerakan pemain gantian, Marcus Rashford yang melorong bola ke arah Ibrahimovic seterusnya disudahkan dengan sempurna.

Ibrahimovic melengkapkan hatriknya ketika permainan berbaki dua minit menerusi sepakan penalti selepas dijatuhkan Kevin Theophile-Catherine.




iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan