Momentum Kemenangan Skuad Jang Ditagih

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2017 7:03 PM

Pemain Selangor, Ugochukwu Ukah (tengah) menanduk bola ke gawang pasukan Negeri Sembilan pada Perlawanan Bola Sepak Pusingan Kedua Piala FA 2017 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 14 Februari 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Momentum daripada kejayaan Negeri Sembilan menyingkirkan juara lima kali Piala FA, Selangor perlu diteruskan dalam saingan itu serta kempen Liga Perdana.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata hanya dengan persembahan konsisten, skuad itu mampu menjadi pencabar dalam semua kejohanan termasuk untuk saingan Piala Malaysia nanti.

"Kita harap momentum ini akan diteruskan untuk Negeri Sembilan memberi saingan yang lebih baik nanti," katanya yang juga Menteri Besar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, Rabu.

Negeri Sembilan menundukkan Selangor 4-3 menerusi penentuan penalti di pusingan kedua Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor, malam Selasa.

Menurut Mohamad, kemenangan Negeri Sembilan itu boleh dikaitkan dengan ketelitian mereka dalam proses pemilihan pemain import yang dilakukan sebelum ini serta persiapan pasukan yang telah dibuat sejak November lepas.

Pada musim ini, Negeri Sembilan yang dibimbing Mohd Asri Ninggal, diperkuatkan dengan empat pemain import iaitu Simic Marko yang berasal dari Croatia, Lee Andrew Tuck (England), Bruno Junichi Suzuki Castanheira (Jepun) dan  Vidic Nemanja (Serbia). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Negeri Sembilan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan