Helang Merah Waspada Jerat Kijang, Mahu Tebus Kecewa

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2017 3:04 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kedah mempunyai hajat besar untuk tebus dua kekalahan dengan Kelantan sebelum ini apabila bertandang ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru bagi aksi Liga Super, Sabtu ini.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe sudah pasti mahu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan sebelum ini malah mahu bermula dengan langkah kanan biarpun Kelantan mempunyai kelebihan bermain di gelanggang keramat mereka.

Kemenangan 4-2 ke atas Kuala Lumpur pada pusingan kedua Piala FA di sini semalam bakal mencetus inspirasi dan keyakinan kepada anak buah Cheng Hoe untuk melakarkan kejutan di tempat lawan.

Jurulatih itu mengakui beliau kini dalam misi mengutip tiga mata penuh dalam pertemuan dengan Kelantan serta yakin dengan prestasi anak buahnya bagi menggalas tanggungjawab itu.

"Kita ingin mencipta kemenangan di Kelantan dan kita ada dua tiga hari lagi untuk membuat persiapan kerana kita tahu dalam dua perlawanan sebelum ini Kelantan mendapat kemenangan," katanya pada Rabu.

Kedah kini mengungguli persada liga dengan lapan mata selepas empat perlawanan manakala Kelantan menang dua perlawanan yang dilaluinya setakat ini dengan mengumpul enam mata.

Cheng Hoe mengakui Kelantan bukan calang-calang pasukan selepas memiliki rekod tanpa kalah dengan mengatasi PKNS FC 3-1 dan Felda United 2-1 dalam saingan awal musim ini.

Beliau berkata kemungkinan pemain tengah, Shazwan Zainol tidak dapat diturunkan pada perlawanan menentang Kelantan kerana beliau belum pulih daripada kecederaan.

Walaupun tidak menurunkan Shazwan semalam namun Muhammad Farhan Roslan membalas kepercayaan yang diberikan oleh Cheng Hoe dengan melakukan dua jaringan terhadap Kuala Lumpur untuk membantu Kedah mara ke pusingan ketiga saingan Piala FA.

"Saya mahu pemain belajar daripada kesilapan pada tiap-tiap perlawanan dan berharap mereka dapat mengekalkan rentak kemenangan hingga penghujung liga," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Kelantan , Tan Cheng Hoe

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan