Presiden MU Sokong TMJ Bimbing FAM

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2017 7:27 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron percaya Tunku Ismail Sultan Ibrahim mampu membawa perubahan besar dalam skuad Harimau Malaysia dengan membawa aura kejayaan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) bersamanya.

Katanya untuk maju, skuad negara memerlukan pemimpin seperti Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu yang benar-benar mampu melakukan perubahan setelah sekian lama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerap kali menghampakan peminat.

"Kalau ingin cari pengurus kelab atau jurulatih, kita boleh pilih sesiapa sahaja, namun untuk mendapatkan ketua, kita perlu mencari mereka yang benar-benar berkelayakan bagi menempa kejayaan lebih besar di peringkat antarabangsa," katanya. 

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) berkata demikian kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh di sini Rabu.

Menurutnya pemimpin FAM yang baharu perlu mempunyai kaliber, aura, karisma dan sejarah kejayaan yang baik agar mampu memacu organisasi itu dengan lebih baik. 

"TMJ adalah calon yang sesuai kerana beliau mempunyai gaya tersendiri untuk menerajui organisasi dan tidak terlalu bergantung kepada satu pihak sahaja bagi menyelesaikan masalah.

"Kejayaan membawa JDT sebagai juara hatrik Liga Super telah cukup membuktikan beliau adalah calon terbaik untuk menerajui kepimpinan baharu FAM," katanya. 

Idris berkata cara yang digunakan TMJ jelas membawa kejayaan demi kejayaan kepada JDT dan ia boleh diguna pakai untuk membentuk semula pasukan Harimau Malaysia.

"JDT kini berada pada tahap tinggi daripada pasukan kebangsaan, ini terbukti apabila pemain lebih berminat menyarung jersi JDT berbanding skuad kebangsaan," katanya.

Idris berkata beliau memberi mandat kepada Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd Yusof Mahadi untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden FAM kerana percaya beliau mampu menyokong serta membantu TMJ dalam kepimpinan baharu FAM nanti.

Tunku Ismail dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa adalah dua calon yang memberi pengesahan untuk bertanding merebut kerusi Presiden FAM.

Pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021 diadakan serentak dengan Kongres Tahunan FAM ke-53 pada 25 Mac ini.

Tags / Kata Kunci: Idris Haron , Tunku Ismail , MUSA , JDT , FAM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan