Liga Juara-Juara: Barca Dimalukan PSG 4-0

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2017 7:09 AM

Sebahagian daripada pemain PSG meraikan kemenangan mereka ke atas pasukan Barcelona. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

PARIS Saint-Germain (PSG) mengalahkan Barcelona 4-0 dalam perlawanan pertama kelompok 16 terakhir, saingan Liga Juara-Juara di Parc des Princes, Paris, awal pagi Rabu.

Gol PSG diledakkan oleh Angel Di Maria, yang baharu saja menyambut ulang tahun ke-29, pada minit ke18 dan 55.

Dua gol lain PSG diperolehi melalui Julian Draxler (40') dan Edinson Cavani (72').

Keputusan ini merupakan satu tamparan hebat buat Barcelona kerana perlu menggalas tanggungjawab berat pada perlawanan kedua yang dijadualkan berlangsung 9 Mac ini.

Tiada pilihan lain, Barca yang mempamerkan persembahan buruk harus mengubah corak permainan pada perlawanan seterusnya

Walaupun menguasai bola sehingga 59 peratus dan tampil dengan Trio MSN (Lionel Messi, Luis Suarez, Neymar) mereka hanya mampu melakukan satu tendangan terarah ke gawang lawan.

Pemain Barca, Sergio Busquets, menilai pasukannya sebagai tidak bermain pada tahap maksima.

"Mereka lebih baik daripada kami.

"Mereka bermain lebih baik, dari segi taktik dan secara fizikalnya lebih unggul daripada kami," katanya.

Busquets menolak bahawa dia dan rakan-rakan terlalu meremehkan lawan.

"Ini bukan soal sikap, ini adalah bola sepak sebenar. PSG lebih baik secara taktik."

Dia juga mengakui pasukannya akan berdepan tentangan sengit di Camp Nou.

"Tapi kami akan mencuba. Kami selalu mencuba," kata Busquets.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan, Benfica meraih kemenangan 1-0 ke atas Borussia Dortmund dalam perlawanan di Stadium da Luz, Lisbon.

Walaupun kalah, Dortmund masih memiliki peluang untuk mara ke babak seterusnya.

Dortmund harus menang lebih dari satu gol pada pertemuan kedua di Signal Iduna Park, Dortmund, 9 Mac ini.

Tags / Kata Kunci: Liga Juara-Juara 2017 , Barca , PSG

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan