Kedah Mahu Bina Stadium Bola Sepak Baharu

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2017 11:32 AM

Stadium Darul Aman menjadi lokasi tumpuan peminat sukan bola sepak kedah menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan negeri berkenaan.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kedah bercadang membina sebuah stadium bola sepak baharu berkapasiti lebih 60,000 penonton yang akan dibina di luar bandar raya ini bagi menampung jumlah kehadiran penonton yang semakin meningkat di Stadium Darulaman ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beberapa kertas kerja telah diterima daripada pihak syarikat swasta termasuk mereka bentuk kompleks mengikut kesesuaian dan kos untuk dinilai sebelum dimuktamadkan.

"Kita nak usaha pembinaan stadium baharu secepat mungkin di luar kawasan bandar raya Alor Setar supaya semangat pasukan disemarakkan lagi serta memberi keselesaan kepada peminat dan penyokong," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke atas pemain dan pegawai pasukan Hijau Kuning Kedah yang menjalani latihan di padang bola sepak Peremba di sini, Selasa. 

Katanya, kerajaan negeri juga mahu lebih ramai penglibatan pihak swasta dalam projek ini agar dapat disegerakan. 

"Kita nak bina stadium baharu ini di luar Alor Setar dan memerlukan kawasan yang luas kerana bukan sahaja stadium dibina, tetapi akan dilengkapi kemudahan pusat perniagaan, gerai makanan dan jualan serta pusat sukan, maka penglibatan pihak swasta kita alu-alukan " katanya. 

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, stadium lama yang berkapasiti 30,000 penonton tidak lagi mampu menampung jumlah penyokong terutama pada perlawanan-perlawanan penting.

"Kita nak setiap daerah ada tarikan tersendiri, dan kita tidak mahu tertumpu di satu-satu daerah sahaja seperti Sungai Petani yang akan dibina litar lumba seperti diumumkan Perdana Menteri dalam lawatannya ke Kedah baru-baru ini. 

Sementara itu, Ahmad Bashah berharap agar skuad Helang Merah yang akan bertemu Kuala Lumpur pada saingan Piala FA di sini malam ini, akan mencapai kemenangan.

"Saya harap pemain dapat meneruskan momentum cemerlang mereka pada setiap kali perlawanan, penyokong pula teruskan memberi semangat kepada pasukan agar mencipta kemenangan," katanya. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Ahmad Bashah , Kedah , stadium

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan