Piala FA: Terengganu, Kuantan FA Mara Ke Pusingan Ketiga

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2017 7:00 AM

Pemain Kuantan FA, Shunsuke Nakateke (kiri) mengasak pemain KL Sime Darby FC, Saiful Hasnol Mohd Raffi (tengah) pada Perlawanan Bola Sepak Pusingan Kedua Piala FA 2017 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Isnin. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Terengganu berjaya menempah tiket ke pusingan ketiga Piala FA 2017 selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan Piala FAM, Felcra.

Jaringan tunggal kapten, Abdul Lafiff Suhaimi pada minit ke-56 sudah memadai buat skuad Penyu untuk mengatasi Felcra pada aksi pusingan kedua itu.

Turun selaku pasukan tuan rumah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pemain Terengganu mempamerkan aksi meyakinkan dengan banyak melancarkan serangan ke kubu lawan.

Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu memperoleh peluang keemasan untuk membolosi gawang lawan seawal minit pertama, namun berjaya diselamatkan penjaga gol Felcra.

Terdahulu, pada satu lagi aksi pusingan kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang petang tadi, Kuantan FA menewaskan Sime Darby FC 3-0 untuk mara ke pusingan seterusnya.

Pasukan pelawat bermula garang apabila Abdul Malik Mat Arif menjaringkan gol seawal minit kedua dan ke-11 untuk memberi kelebihan kepada pasukan dari Pantai Timur itu.

Bersambung babak kedua, Rafizi Zahari melengkapkan kemenangan bergaya Kuantan FA menerusi jaringan pada minit ke-77.

Sebanyak 12 aksi pusingan kedua Piala FA akan berlangsung pada Selasa dengan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan bertandang ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka untuk menentang Felda United FC.

Melaka United pula akan berdepan PKNS FC, Selangor bertemu Negeri Sembilan, Kedah mencabar Kuala Lumpur, PKNP FC melawan Kelantan dan T-Team menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Undian pusingan ketiga Piala FA akan diadakan selepas kesemua aksi pusingan kedua tamat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Piala FA 2017

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan