Ahmad Razif Tolak Pencalonan Timbalan Presiden FAM

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2017 7:00 AM

Ahmad Razif Abd Rahman.

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada Isnin memutuskan tidak bertanding dan menolak pencalonan jawatan timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) itu berkata penolakan itu bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pentadbiran kerajaan negeri dan bola sepak Terengganu.

"Saya mahu memberi tumpuan kepada kerajaan negeri dan pasukan bola negeri Terengganu. Itu lebih baik dan insyaAllah pada masa akan datang saya akan tengok macam mana nanti.

"Saya berharap yang terpilih nanti akan dapat menjalankan kerja dengan sebaiknya sebab harapan rakyat Malaysia terhadap bola sepak adalah sangat tinggi. Jadi kepimpinan baru diharap dapat memulihkan persembahan pasukan negara kita," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat kawasan sekitar pantai kampung Kolam, Mengambang Telipot di sini yang mengalami hakisan akibat ombak besar beberapa hari lalu.

Mengenai hakisan tersebut, Ahmad Razif berkata sehingga kini keadaan persekitaran adalah terkawal dan pelbagai langkah telah diambil oleh Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Antaranya, kata beliau, ialah menggunakan kaedah lapis lindung batu (rock revetment) sepanjang 200 meter bagi mengelak hakisan merosakkan jalan berhampiran.

"Keadaan ini berlaku ekoran fenomena cuaca yang tidak menentu. Kebiasaannya ombak besar ini tamat pada bulan Februari namum kini ia dijangka berlanjutan sehingga Mac.

"Sebenarnya kita (kerajaan negeri) telah ada beberapa persediaan untuk menyelesaikan isu ini namun ia memerlukan tempoh masa.

"Kajian ini melibatkan teknikal dan kita perlu melihat fenomena ini bila akan berakhir.

"Setakat ini kerajaan negeri telah membelanjakan RM5.5 juta untuk melindungi sebahagian (kawasan) tetapi masih ada lebih kurang satu kilometer lagi daripada kawasan terjejas ini," katanya.

Tambah Ahmad Razif, penduduk yang terjejas akan dikenalpasti untuk dibantu sewajarnya sama ada perlu dipindahkan atau menerima bantuan lain.

"Kita akan cuba mencari penempatan sesuai untuk mereka yang terjejas.

"Fenomena ombak besar dijangka berakhir esok (Selasa) dan dalam masa sebulan fenomena itu telah menghakis 70 meter kawasan pantai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan