Leicester Dimalukan Swansea City

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 7:25 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANDANG juara, Leicester City terus dirundung malang apabila tewas 0-2 di tangan Swansea City pada pertembungan Liga Perdana Inggeris di Stadium Liberty, awal pagi Isnin.

Leicester berkunjung ke stadium lawan dengan harapan besar untuk melakar kejutan selepas tewas dalam empat perlawanan berturut-turut dalam saingan liga.

Namun, Leicester terpaksa pulang dalam keadaan hampa sekali gus menambah tekanan buat pengurus, Claudio Ranieri.

Ranieri menurunkan skuad terbaik termasuk penyerang, Jamie Vardy dan pemain terbaik liga musim lalu, Riyad Mahrez tetapi tidak berjaya mengekang kemaraan tuan rumah.

Prestasi Leicester kelihatan goyah dengan penguasaan tuan rumah yang meledak gol pertama pada minit ke-37 menerusi jaringan Alfie Mawson.

Mawson merembat masuk tandukan Federico yang gagal ditepis penjaga gol Kasper Schmeichel.

Ketika permainan babak pertama hampir berakhir tanpa tambahan jaringan, Swansea meledak gol kedua menerusi Martin Olsson yang merembat masuk hantaran Gylfi Sigurdsson pada masa kecederaan.

Leicester yang kelihatan terdesak untuk merapatkan jurang mata melakukan dua pertukaran pada permulaan babak kedua dengan mengeluarkan Marc Albrighton dan Christian Fuchs dan digantikan dengan Islam Slimani dan Ben Chilwell.

Begitupun, di sebalik perubahan itu, tuan rumah terus menguasai permainan tetapi tiada tambahan jaringan dilakukan.

Kedudukan kekal 2-0 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kekalahan itu menyaksikan Leicester turun satu anak tangga ke kedudukan ke-17 manakala Swansea naik tiga anak tangga ke tempat ke-15.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan