Tengoklah Dulu - KJ

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 1:38 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung pencalonannya bagi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Tengoklah dulu," katanya ketika ditanya sama ada akan bertanding sekiranya pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memutuskan tidak bertanding bagi merebut jawatan presiden badan induk bola sepak itu.

Khairy menegaskan pendiriannya tidak berubah iaitu untuk tidak bertanding sekiranya Tunku Ismail mengambil keputusan untuk bertanding.

"Kalau Tunku Ismail hendak bertanding, tiada gunanya untuk saya berada di sana. Saya ada banyak perkara lain yang perlu dilakukan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Johor Petroleum Development Corporation Bhd (JPDC) di sini hari ini.

Khairy dalam pada itu berkata beliau akan tetap bertemu Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini biarpun mempunyai jadual yang agak padat.

"Saya tetap akan menemuinya hari ini walaupun jadual saya padat," katanya apabila ditanya mengenai pertemuannya dengan Setiausaha Agung FAM hari ini.

Semua nama yang dicalonkan perlu memberi pengesahan hari ini sebelum senarai akhir calon dibentangkan kepada Exco FAM pada 20 Feb ini untuk bertanding sewaktu Kongres FAM bagi memilih barisan kepemimpinan bagi penggal 2017-2021.

FAM dijangka melangsungkan kongresnya pada 25 Mac ini dengan tumpuan utama pastinya untuk memilih kepimpinan bagi penggal baharu khususnya kerusi presiden yang dikosongkan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Setakat ini, hanya bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang telah mengesahkan akan bertanding bagi merebut jawatan berkenaan manakala Tunku Ismail, Khairy dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Seh Che Mat masih belum berbuat demikian.

Sementara itu, mengulas kekecohan ditimbulkan penyokong Pulau Pinang di Stadium Negeri Batu Kawan Sabtu lalu, Khairy berkata insiden sedemikian merupakan antara perkara yang perlu ditangani kepimpinan baharu FAM. 

Kekecohan dilaporkan tercetus apabila penyokong fanatik skuad Harimau Kumbang merusuh di luar stadium selepas perlawanan tamat yang menyaksikan Pulau Pinang tewas 0-1 kepada Sarawak dalam aksi Liga Super. 

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan