Higuain Ledak Dua Gol, Bantu Juventus Benam Cagliari

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 7:31 AM

(Ubah saiz teks)

GONZALO  Higuain meledak dua gol untuk berkongsi kedudukan dalam senarai penjaring terbanyak Serie A ketika Juventus mengekalkan jurang kepada tujuh mata hasil kemenangan 2-0 ke atas Cagliari, awal pagi Isnin.

Pemain Argentina itu yang dibawa masuk dengan nilai perpindahan sebanyak 90 juta euro tahun lalu membuktikan ia satu pelaburan yang berbaloi apabila meledak gol ke-17 dan 18 dalam saingan liga musim ini.

Juventus yang meraih kemenangan ke-20 mereka dalam 24 perlawanan, kekal di kedudukan teratas Serie A dengan kelebihan tujuh mata di hadapan Roma.

Kelab gergasi Itali itu tidak terlibat dalam aksi kejuaraan Eropah sehingga berkunjung ke Porto 22 Februari ini.

Justeru anak buah Massimiliano Allegri itu pastinya mengambil peluang tersebut dengan mengukuhkan kedudukan mereka bagi memburu rekod kejuaraan keenam berturut-turut.

Dalam perlawanan itu, Cagliari beraksi dengan hanya 10 pemain selepas Nicolo Barella dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-67.

Dengan kelebihan seorang pemain, Higuan menyifatkan bukan mudah bagi mereka untuk memenangi perlawanan itu.

"Kami bermain dengan baik, tetapi ia adalah satu perlawanan yang sukar kerana kami gagal menemui rentak pada awal permainan.

"Namun segala-galanya berjalan lancar selepas kami berjaya memecah kebuntuan," katanya.

Sementara itu, Allegri memuji aksi menakjubkan Higuain yang disifatkan sebagai pemain yang boleh melakukan penyudah luar biasa.

"Perkara paling mengagumkan mengenai Higuain adalah bagaimana dia bekerja untuk pasukan," kata Allegri.




Tags / Kata Kunci: Gonzalo Higuain , Serie A

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan