Enam Pasukan Masih Bersaing - Conte

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 12:37 PM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte menegaskan bahawa enam pasukan masih berpeluang untuk memenangi gelaran juara Liga Perdana Inggeris walaupun The Blues memiliki kelebihan 10 mata daripada pencabar terdekat.

Perkara itu disuarakan selepas Chelsea terlepas peluang untuk menjarakkan jurang kepada 12 mata apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Burnley pada Ahad.

Namun Conte menarik nafas lega selepas pencabar terdekat mereka, Tottenham Hotspur tewas 0-2 kepada Liverpool dalam perlawanan sebelumnya.

Conte percaya saingan masih terbuka untuk lima pasukan lain iaitu Tottenham Hotspur, Manchester City, Arsenal, Liverpool dan Manchester United untuk mencabar kedudukan Chelsea.

"Amat penting buat kami untuk menang dalam setiap perlawanan.

"Sukar untuk menentang pasukan seperti Burnley dan saya agak kecewa kerana kami hanya meraih satu mata sahaja.

"Liga masih berbaki 13 perlawanan dan ia merupakan perjalanan yang panjang, tetapi kami perlu berusaha dengan lebih kuat lagi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan