Atletico Bangkit Lakar Kemenangan Saat Akhir - Bola Sepak | mStar

Atletico Bangkit Lakar Kemenangan Saat Akhir

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 8:06 AM

(Ubah saiz teks)

ATLETICO Madrid menjaringkan dua gol pada saat akhir untuk menundukkan Celta Vigo 3-2 pada saingan La Liga di Stadium Vicente Calderon, awal pagi Isnin.

Pasukan lawan pada awalnya dilihat berupaya mengutip tiga mata penuh selepas John Guidetti menjaringkan gol kedua pada minit ke-78.

Namun jaringan lewat permainan Tannick Carrasco dan Antione Griezmann menyaksikan tiga mata milik pasukan tuan rumah.

Kesilapan Miguel Angel Moya memberi kelebihan kepada Gustavo Cabral untuk meletakkan Celta Vigo di depan seawal minit kelima sebelum Fernando Torres menyamakan kedudukan pada minit ke-11.

Rembatan kencang Guidetti ibarat memberi tamparan hebat kepada Atletico sebelum pasukan tuan rumah itu bangkit dalam aksi penuh dramatik pada minit kecederaan.

Jika tewas, Atletico terlepas untuk terus berada dalam kelompok empat teratas dengan Real Sociedad merampas kedudukan tersebut daripada mereka.

Namun menerusi kemenangan itu, Atletico kekal di tangga keempat dengan 42 mata, ketinggalan tujuh mata di belakang Real Madrid.




Tags / Kata Kunci: Atletico Madrid , La Liga
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan